Harga Durian Dah Macam Beli Emas





Harga Durian Dah Macam Beli Emas. Memang kebiasaannya bila belum musim durian harga yang ditawarkan sedikit mahal daripada biasa dan tak semua peniaga sanggup untuk buka kedai borong durian yang harga sedikit tinggi daripada biasa.

Harga Durian Dah Macam Beli Emas



gambar hiasan

Nak dijadikan cerita petang tadi terasa nak buat kuah durian atau dipanggil serawa durian untuk dimakan waktu petang. Kebanyakkan kedai biasa pergi buah tak sampai lagi atau peniaga tak ambik buah waktu belum musim yang dikatakan mahal sedikit.

Rata-rata gerai buah durian menjual buah kahwin, IOI, Musang King, Udang Merah dan Buah Balik Pulau. Harga biasa dari RM 25 naik sehingga RM35 sekilo. Buah durian kampung yang biasa RM8-12 naik sehingga RM20 sekilo. Selalunya paling mahal pun RM15 untuk durian kampung tapi dah naik sehingga RM 20 harga bagi durian kahwin.

Sampai kat satu gerai sedang-sedang tanya harga durian datang seorang pakcik turut sama bertanya harga durian yang dijual. Harga IOI yang dijual RM 35 sekilo.

Pakcik tersebut terus cakap “Harga durian pun dah macam beli emas” lepas tu terus beredar dari lokasi. Aku dan peniaga hanya tersenyum sebelum aku turut beredar.

Akhirnya selepas lebih 10 gerai survey harga aku pulang dengan hampa. Esok akan ke lokasi lain misi mencari durian kampung.

Nota : Jenis-jenis durian yang ada di Malaysia

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.