Pokok Snake Plant Atau Lidah Mak Mertua Mampu Mengurangkan Habuk di Rumah





Pokok Snake Plant Atau Lidah Mak Mertua Mampu Mengurangkan Habuk di Rumah. Kebaikan dan Manfaat. Siapa sangka pokok yang hanya selalu dijadikan hiasan semata-mata mempunyai manfaatnya yang tersendiri dan tidak kita ketahui.

Pokok Snake Plant Atau Lidah Mak Mertua Mampu Mengurangkan Habuk di Rumah



kredit : http://spmodels.net/

Bukan hanya mudah untuk ditanam pokok snake plant ini juga menarik dan cantik untuk dijadikan hiasan di dalam rumah terutamanya di ruang tamu mahupun didalam bilik anda.

5 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SNAKE PLANT

1. Antara pokok hidup paling POPULAR yang diiktiraf oleh NASA bukan hanya kerana senang dijaga namun kebaikan yang diberi kepada manusia.

2. Snake plant bukan hanya membebaskan OKSIGEN tetapi mampu menyingkirkan karbon dioksida serta menapis TOKSIN beracun dalam udara seperti formaldehyde, benzene dan trichlorethylene.

3. Yang paling BEST, semenjak ada snake plant atas rak, habuk semakin berkurang. Kalau tidak setiap hari perlu kena lap habuk.



kredit : https://balconygardenweb.com/

4. Snake plant sering disebut ‘Hard To Kill’. Sesuai sangat bagi mereka yang baru berjinak buat dekorasi rumah dengan pokok hidup. Yang rasa ‘tangan panas’ pun boleh cuba tanam.

5. Snake plant sangat senang hidup walaupun tidak ada akar, potong bahagaian bawah daun menyerong. Mudah tumbuh bila tanam dalam pasu.

6. Bagi anda yang ada masalah susah tidur, letak sepokok snake plant dekat katil, ia mampu memberikan oksigen dan menyerap segala toksin beracun dalam bilik.



Semoga bermanfaat.

kredit : Fidz

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.