Satu Lagi Kluster Baru di Kedah





Satu Lagi Kluster Baru di Kedah. Satu kluster baharu yang dikesan di Daerah Kuala Muda, Kedah. Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9114) adalah lelaki warganegara Malaysia yang merupakan seorang anggota polis. Kes yang dilaporkan pada hari ini (kes ke-9147) adalah merupakan rakan kerja kepada kes indeks.

Satu Lagi Kluster Baru di Kedah

roadblock PKP
gambar hiasan kredit gambar : ismaweb.net

Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan pada 13 Ogos 2020 dan kes dikesan positif pada 14 Ogos 2020.

Sehingga 14 Ogos 2020, 124 kontak rapat beliau telah disaring. Daripada jumlah ini:

i. 2 kes dikesan positif COVID-19;
ii. 5 negatif; dan
iii. 117 masih menunggu keputusan.

Kesemua kes bagi kluster ini adalah warganegara Malaysia. Pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan dan langkah-langkah pencegahan serta pembendungan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan.

Status terkini COVID-19 setakat 14 Ogos 2020

Jumlah discaj baru: 7
Jumlah kumulatif discaj: 8828 (96.5%)

Jumlah kes baru; 20
Jumlah kumulatif: 9149
Jumlah kes aktif: 196

Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 125 (1.37%)

Jumlah kes di ICU: 4
Pesakit intubated: 1

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.