Kes Covid19 Meningkat Kepada 3 Angka 111 Kes Baru





Kes Covid19 Meningkat Kepada 3 Angka 111 Kes Baru. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 30 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,696 kes (90.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kes Covid19 Meningkat Kepada 3 Angka 111 Kes Baru

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Sehingga 25 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 111 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,687 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 858 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

PERINCIAN KES BAHARU (111)
SABAH- 97 kes (jangkitan tempatan)
74 Kes Generasi Kedua Kluster Bangau-Bangau (48 WN; 26 BWN)
13 Kes Kluster Benteng LD – 2 Kes Generasi Kedua, 10 Kes Generasi Ketiga dan 1 Kes Generasi Keempat (13 WN)
2 Kes Generasi Kedua Kluster Laut (2 BWN)
2 Kes Saringan Rujukan Ke Hospital (2 WN)
2 Kes Saringan di Tempat Kerja (1 WN, 1 BWN)
2 kes saringan bergejala (1 WN, 1 BWN)
1 kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) (1 WN)
1 kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) (1 WN)

KEDAH- 8 kes (jangkitan tempatan)
7 kes Kluster Sungai – 1 kes generasi ketiga, 1 kes generasi keempat dan 5 kes generasi kelima (6 WN; 1 BWN)
1 kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) (WN)

SELANGOR-2 kes
1 kes jangkitan tempatan saringan bergejala, mempunyai sejarah pulang dari Kota Kinabalu, Sabah (WN)
1 kes import tiba dari Indonesia (BWN)

JOHOR – 1 kes
1 kes import Kluster Orkim (BWN)

PAHANG – 1 kes (jangkitan tempatan)
1 kes saringan bergejala, mempunyai sejarah pulang dari Semporna, Sabah (WN)

WP KUALA LUMPUR – 2 kes
1 kes import tiba dari Indonesia (BWN)
1 kes import tiba dari India (BWN)

KKM menggesa semua masyarakat di Sabah untuk lebih berwaspada dan meningkatkan pematuhan Prosedur Amalan Standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk semasa tempoh berkempen bagi Pilihanraya Negeri Sabah dan semasa hari mengundi.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.