Antara SOP Tetapkan Di 4 Kawasan PKPB Sandakan, Papar, Tuaran dan Klang





Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Antara SOP Tetapkan Di 4 Kawasan PKPB Sandakan, Papar, Tuaran dan Klang. Sehingga 7 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, KKM ingin memaklumkan bahawa 139 kes telah dikesan daripada Kluster Tembok iaitu di Penjara di Kedah (iaitu meliputi 28.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes) hari ini, 34 kes daripada lain-lain kluster, 314 kes-kes lain di dalam komuniti dan dua (2) kes import. Secara keseluruhannya, 489 kes baharu telah dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 13,993 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 3,351 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Antara SOP Tetapkan Di 4 Kawasan PKPB Sandakan, Papar, Tuaran dan Klang

10 kluster aktif termasuk dua kluster baharu yang melaporkan kes baharu hari ini, 7 Oktober 2020, setakat jam 12 tengahari.
Kluster Tembok menyumbang hampir 30% daripada jumlah kes baharu hari ini. Kluster Tembok merupakan kluster terasing dlm PKPD secara pentadbiran dan dalam penjara.

2 Kluster Baru

  1. Kluster Bah Puchong
  2. Kluster Penjara Reman

PECAHAN KES BAHARU (489)

SABAH-282
183 saringan komuniti
71 saringan bergejala
22 saringan kontak rapat kes positif
2 kluster Laut
2 saringan kemasukan ke hospital
1 saringan rujukan ke hospital
1 saringan pra-pembedahan
1 saringan tahanan

KEDAH-153
139 kluster Tembok
14 kluster Bah Sintok

SELANGOR-20
7 saringan awal pulang dari kawasan berisiko tinggi (termasuk 1 kluster Selasih)
4 kluster Jalan Meru
3 saringan bergejala
2 kluster Benteng PK
1 kluster Embun
1 saringan kontak rapat
1 saringan kendiri
1 import BWN tiba dari Maldives

P.PINANG-7
6 kluster Penjara Reman (kluster baharu)
1 saringan kontak rapat

JOHOR-6
5 saringan awal pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 kluster Selasih

PERAK-4
2 kluster Bah Puchong (kluster baharu)
1 saringan awal pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat

TERENGGANU-4
2 saringan kontak rapat
1 kluster Bah Tanjung
1 saringan bergejala

KL-3
1 saringan masuk Sarawak
1 saringan pra-pembedahan
1 saringan pra-perkahwinan
1 import WN pulang dari India

SARAWAK-3
2 saringan awal pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan pintu masuk domestik

PAHANG-2
1 saringan sebelum ke luar negara
1 saringan pra-pembedahan

PUTRAJAYA-2
1 saringan kontak rapat
1 saringan kemasukan ke hospital

N.SEMBILAN-1
1 saringan pra pembedahan

KELANTAN-1
1 saringan kontak rapat

Sidang Khas MKN hari ini turut mendengar pembentangan KKM berkenaan situasi di beberapa kawasan yang baru diklasifikasikan sebagai zon merah di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif COVID-19.

•Kawasan-kawasan tersebut adalah Sandakan, Papar, Tuaran serta di Klang.

•Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9 Oktober 2020.

•Pergerakan keluar masuk di ke empat kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan.

•Hanya Perkhidmatan Perlu (Essential Service) termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan. Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat

•Antara SOP yang ditetapkan:

-Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan/keperluan rumah.
-Perniagaan Bukan Perkhidmatan Perlu (Non Essential Service) hendaklah ditutup.
-Restoran, kedai makan, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 hingga 6.00 petang.
-Pembelian makanan hanya menggunakan kaedah pandu lalu, penghantaran (delivery) dan take-away sahaja.
-Waktu operasi stesen minyak antara 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
-Operasi pasar harian adalah antara hingga 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
-Operasi pasar malam, tamu, pasar borong, dan pasar tani adalah tidak dibenarkan.
-Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
-Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
-Kenderaan yang membawa barangan keperluan (essential) dibenarkan keluar masuk dengan mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.
-Perkhidmatan teksi/e-hailing (maksimum 2 penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.
-Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.
-Bagi kes kecemasan adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa.
-Penduduk yang bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPB.
-Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah.
-Kebenaran untuk bekerja hanya bagi Perkhidmatan Perlu (essential service) dengan kelulusan PDRM.
-Masjid, Surau, rumah ibadat bukan islam, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, Sekolah, Tadika, Taska, Pusat Tahfiz, Pusat Jagaan Kanak – Kanak adalah ditutup.
-Semua Aktiviti Sukan, Rekreasi, sosial, dan budaya adalah tidak dibenarkan.

Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.