Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0





Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0. Pihak Kerajaan peka dengan kesukaran yang dialami oleh Rakyat pada saat pandemik COVID-19 ini. Sehubungan itu, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 September 2020 lalu.⠀

Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0


Inisiatif BPN 2.0 tersebut yang keseluruhannya berjumlah RM7.0 bilion akan disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021. Bagi mereka yang belum pernah menerima BPN sebelum ini, permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 termasuk mereka yang ingin membuat rayuan.

Penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini.

Bayaran fasa pertama BPN 2.0 akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada daripada kategori isi rumah dan individu bujang secara berperingkat bermula 26 oktober 2020 (isnin).


Mulai 15 Oktober anda boleh semak status permohonan anda, permohonan baru dan memohon rayuan secara online Lihat SINI

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.