Kes Covid19 Tertinggi di Malaysia Dengan 13 Kematian





Kes Covid19 Tertinggi di Malaysia Dengan 13 Kematian. Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 3,285 kes (57.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 2,467 kes (75.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 792 kes (13.8 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 480 kes (8.4 peratus).

Kes Covid19 Tertinggi di Malaysia Dengan 13 Kematian



Sebanyak 132 kes (2.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (103 kes), Kluster Tembok Choh (6 kes), Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster Tembok Renggam (5 kes), Kluster Matambai (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (3 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (3 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Selangor, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perak serta masing-masing satu (1) kes di Johor, Sarawak, dan Melaka. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

- Kes sembuh :3,805 kes (161,527 kes kumulatif, 77.0%);

- Kes baharu : 5,728 kes (209,661 kes kumulatif);

- Kes import : 5 kes (2 warganegara, 3 bukan warganegara)

- Kes tempatan : 5,723 kes [3,780 warganegara (66.0%); 1,943 bukan warganegara (34.0%)];

- Kes aktif : 47,388 kes;

- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 319 kes;

- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 120 kes; dan

- Kes kematian :13 kes (746 kes kumulatif , 0.36%)

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 30 Januari 2021;

- Jumlah kluster : 807 kluster;

- Jumlah kluster baharu : 16 kluster;

- Jumlah kluster yang telah tamat : 420 kluster (termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu Tujuh, Kluster D’Bajaru, Kluster Tapak Bina Jalan Broga, dan Kluster Mador;

- Jumlah kluster aktif : 387 kluster;

- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 97 kluster; dan

- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (567 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (103 kes), dan Kluster Pasai (96 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan tiga (3) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.


NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan SuasaJohorTempat Kerja
2Jalan RiangJohorTempat Kerja
3Jalan LombongJohorTempat Kerja
4Bintang UtamaJohorTempat Kerja
5Bayu TampoiJohorTempat Kerja
6Bukit Batu GrisekJohorTempat Kerja
7Jalan TrompetSelangorTempat Kerja
8Kampung HalaSelangorTempat Kerja
9Lingkaran MaluriWP Kuala LumpurTempat Kerja
10Desa TunWP Kuala LumpurTempat Kerja
11Tanah PutihPahangTempat Kerja
12Jalan KetengahPahangTempat Kerja
13Jalan LabukSabahTempat Kerja
14LasahPerakKomuniti
15TersatTerengganuKomuniti
16Taman AmalinaPahangKomuniti

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.