MCMC Beri Amaran Keras Syarikat Kurier Baling Bungkusan Pelanggan









MCMC Beri Amaran Keras Syarikat Kurier Baling Bungkusan Pelanggan. INSIDEN PEKERJA SYARIKAT KURIER BALING BUNGKUSAN PELANGGAN: MCMC BERI AMARAN KERAS DAN SYARIKAT PERLU PERBAIKI TATACARA PENGENDALIAN BUNGKUSAN PELANGGAN. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius insiden sekumpulan pekerja sebuah syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan yang tular di media sosial baru-baru ini. MCMC telah mengarahkan syarikat kurier berkenaan untuk memberi penjelasan. Pada masa yang sama, MCMC turut memberi amaran keras kepada pengurusan syarikat kurier terbabit supaya mengambil langkah perlu bagi memperbaiki tatacara pengendalian bungkusan pelanggan mereka. 

MCMC Beri Amaran Keras Syarikat Kurier Baling Bungkusan Pelanggan

MCMC juga ingin mengingatkan kepada semua syarikat kurier yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012 agar sentiasa mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan terutama dalam melindungi hak pengguna bagi memastikan tindakan penguatkuasaan tidak diambil ke atas syarikat mereka.

Sekiranya pemegang lesen didapati ingkar dan melanggar mana-mana perundangan subsidiari di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012, mereka boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM300,000 atau tempoh penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC menyeru agar pihak pengguna memahami dan mengetahui hak mereka sebelum memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat penghantaran. Pihak pengguna perlu menghubungi penyedia perkhidmatan untuk membuat sebarang aduan dan tuntutan sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan barangan semasa dalam tempoh penghantaran. 

Sekiranya pengguna tidak berpuas hati dengan resolusi yang ditawarkan, permohonan rayuan boleh dikemukakan kepada pihak MCMC di https://aduan.skmm.gov.my/ berserta maklumat lengkap supaya siasatan dan tindakan susulan boleh diambil.

JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT MCM



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.