Bantuan Prihatin Rakyat BPR Fasa 2 Mula Dibayar Jumaat Ini





Bantuan Prihatin Rakyat BPR Fasa 2 Mula Dibayar Jumaat Ini. Kenyataan Media YB Tengku Zafrul Menteri Kewangan Berkenaan Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bernilai RM2.75 Bilion Secara Berperingkat Mulai 7 Mei 2021 (Jumaat).

Bantuan Prihatin Rakyat BPR Fasa 2 Mula Dibayar Jumaat Ini


Fasa 2 BPR menyusul untuk memanfaatkan jumlah penerima yang sama merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang. Mereka akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 7 mei 2021 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 billion.

Peningkatan peruntukan adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima. Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima. 

Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my

Bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 jun 2021. Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.