Kenali Buah Durian Tupai King Atau Tupai 226





Kenali Buah Durian Tupai King. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemunculan variati baru durian daripada Pulau Pinang yang diberi nama Tupai 226 ataupun Durian Tupai King yang dikatakan dapat mencabar kedudukan Durian Musang King.

Kenali Buah Durian Tupai King


Durian Tupai King ini dikatakan berkulit warna hijau keperangan dengan mempunyai ciri-ciri buah berbentuk Ovat (bujur seperti telur) dengan pangkal membulat dan hujung menajam. 

Isinya pula berwarna jingga kekuningan dengan aroma kepahitan, tekstur dan berkrim pada tahap sederhana selain manis. Buang Durian Tupai King ini dikatakan dijual pada anggaran RM100 sekilogram.

Harga anak pokok durian Tupai King pula dikatakan boleh mencecah RM150 bagi ketinggian 0.31 meter (m) dan sebatang pokok durian matang boleh menghasilkan antara 100 hingga 300 biji durian.

Dalam banyak-banyak durian saya lebih memilih kepada durian D24 yang rasanya lemak2 manis selain berkrim disukai ramai berbanding buah-buah yang lebih mahal.

Anda juga boleh lihat artikel Jenis-Jenis Durian Di Malaysia


6 ulasan

PeRdU cINta berkata...

Meriah sana sini jual durian.
Alhamdulillah dah follow dan masukkan blog ni dalam bloglist blog PC juga. Salam ukhuwah.

Mamy Syu berkata...

Uuu tahun ni seulas durian pun syu belum.jamah. It's very a hard time

norhidana berkata...

harga dia tu aduhhhhh... tak sanggup

Tiara Sapphire berkata...

tak pernah lagi merasa durian mahal ni..hehe

AbgferOz berkata...

perdu cinta : done follow dan bloglist tq :)

mamy syu : semoga dipermudahkan semuanya dan dimurahkan rzeki..

norhidana : kaannn mampu tengok jaa..

tiara : ehehe same laa..

Sha Mohamed berkata...

Tak pernah lagi cuba durian yang mahal-mahal ini.. Selalunya beli durian kg je..

Dikuasakan oleh Blogger.