Senarai Penuh Bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)





Senarai Penuh Bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Berikut diumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 Jun 2021 jam 5 petang tadi. Pelbagai jenis bantuan telah disediakan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Senarai Penuh Bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)


🔵 KWSP perkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra, membolehkan ahlinya buat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan : PM

🔵 PEMULIH: Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) ditangguhkan selama tiga bulan - PM Muhyiddin

🔵 COVID: Kerajaan kekal kadar pemberian vaksin secara purata melebihi 200 ribu sehari dalam tempoh tujuh hari lalu - PM Muhyiddin

🔵 PEMULIH:Ansuran cukai bulanan,pengecualian cukai pelancongan dan perkhidmatan ditangguh untuk pengendali hotel hinggga akhir tahun - PM Muhyiddin

🔵 Program vaksinasi akan menjadi kunci utama kejayaan negara melawan COVID-19 - PM Muhyiddin

🔵 PEMULIH: Kerajaan sedia pertimbangkan kebenaran kepada syarikat untuk beroperasi pada kapasiti penuh sekiranya semua pekerja telah lengkap dua dos vaksin. - PM Muhyiddin

🔵 Beberapa program di peringkat komuniti akan disegerakan bagi memastikan golongan rentan tidak terkecuali daripada mendapatkan suntikan vaksin - PM Muhyiddin

🔵 Kerajaan setuju selaras elaun khas petugas barisan hadapan kesihatan terlibat PICK daripada RM200 ke RM600 selama enam bulan mulai Julai - PM Muhyiddin

🔵 PEMULIH: Kerajaan setuju beri moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam PTPTN - PM Muhyiddin

🔵 PEMULIH: Moratorium enam bulan tanpa syarat akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20 dan usahawan mikro - PM Muhyiddin

🔵PEMULIH:Ansuran cukai bulanan,pengecualian cukai pelancongan dan perkhidmatan ditangguh untuk pengendali hotel hinggga akhir tahun - PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: Pinjaman Pelajaran Mara ditangguhkan bagi tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan - PM Muhyiddin

🔵PPV diminta beroperasi tujuh hari seminggu bagi mempercepat pemberian vaksin kepada rakyat - PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: Nilai keseluruhan inisiatif berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran dianggarkan RM400 juta, akan manfaatkan 1.6 juta rakyat - PM Muhyiddin

🔵 PEMULIH:RM100 juta pembiayaan, sokongan bantuan kewangan bantu lebih lapan ribu penggiat seni, industri seni dan kreatif tempatan - PM Muhyiddin 

🔵 PEMULIH: Kerajaan setuju beri bantuan kewangan RM1,000 kepada semua pengusaha kantin sekolah berdaftar - PM Muhyiddin

🔵 PEMULIH : Bantuan one-off RM3,000 kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan - PM Muhyiddin

🔵Kerajaan telah bangunkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) sebagai inisiatif menyeluruh dan bersetuju peruntukkan RM200 juta untuk PMKS dan RM100 juta untuk PKS : PM

🔵PEMULIH: Elaun Pekerja Cacat RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, babit RM30 juta ringgit untuk 20 ribu orang OKU- PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: Bantuan Khas Taska RM3,000 kepada pengusaha taska seliaan KPWKM serta tadika swasta di bawah KPM - PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: Program Jaringan Inisiatif Umum dilaksana beri bantuan asas modal perniagaan kepada golongan OKU serta gelandangan- PM Muhyiddin

🔵PEMULIH : Bantuan 'one-off' RM3,000 buat lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar sebagai pendorong atau 'kick start' apabila negara beralih ke fasa ketiga PPN - PM Muhyiddin 

🔵Melalui pakej PEMULIH, BNM bersetuju menambah RM2 bilion lagi untuk akses bantuan kewangan kepada usahawan PKS : PM

🔵 PEMULIH: RM500 Bantuan Kehilangan Pendapatan disalur pada Oktober kepada pekerja yang hilang pendapatan - PM Muhyiddin

🔵 Pelanjutan tiga bulan diskaun bil elektrik 10 peratus bagi bil Oktober hingga Disember 2021 bagi sektor ekonomi terjejas - PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: RM3.8 bilion laksana Program Subsidi Upah 4.0 bantu majikan kekalkan pekerja - PM Muhyiddin

🔵Kerajaan peruntukkan RM18 juta untuk bank tempatan sediakan 30 unit bank bergerak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar. - PM

🔵PEMULIH: Tiada lagi syarat had gaji ditetapkan dalam pelaksanaan PSU 4.0 - PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: Kerajaan setuju PenjanaKerjaya dilanjut dengan penambahbaikan dan dijenama sebagai PenjanaKerjaya 3.0 - PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: RM170 juta telah disalurkan melalui PenjanaKerjaya PERKESO yang manfaatkan 10,600 majikan dan 75,800 pekerja - PM Muhyiddin

🔵 Kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal memelihara kebajikan rakyat dan memerangi COVID-19 - PM Muhyiddin

🔵  Kapasiti PICK perlu ditingkatkan supaya lebih ramai lagi boleh divaksin dengan segera - PM Muhyiddin

 🔵  PEMULIH berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan RM10 bilion - PM Muhyiddin

 🔵  Lebih RM200 bilion disalurkan setakat ini, beri manfaat kepada lebih 20 juta rakyat serta 2.4 juta perniagaan - PM Muhyiddin 

 🔵  Kerajaan telah laksana tujuh program bantuan dan pakej rangsangan sejak pandemik COVID-19  bernilai keseluruhan RM380 bilion- PM Muhyiddin 

 🔵  Kerajaan akan salurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat, berjumlah RM10 bilion sehingga hujung tahun ini - PM Muhyiddin

 🔵 Kerajaan perluas Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Perkeso, graduan baharu, lepasan sekolah, pekerja sektor tak formal - PM Muhyiddin

 🔵Kerajaan umum Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dengan peruntukan RM4.6 bilion - PM Muhyiddin

🔵Kerajaan perluas Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Perkeso, graduan baharu, lepasan sekolah, pekerja sektor tak formal - PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: RM10 juta untuk laksana Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli - PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: RM300,000 disalurkan kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas- PM Muhyiddin

 🔵Kerajaan terus kekal harga runcit petrol RON95, diesel dan LPG yang dijangka babit subsidi lebih RM6 bilion tahun ini - PM Muhyiddin

 🔵PEMULIH: Kerajaan perluas sokongan psikososial melalui saluran seperti talian kasih serta peruntukan RM15 juta kepada NGO bantu tangani isu sosial - PM Muhyiddin 

🔵PEMULIH: Kerajaan laksana Harga Kawalan berasas nilai ambang Crude Palm Oil bagi tangani kenaikan harga minyak masak botol 1kg-5kg - PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus bagi tempoh tiga bulan mulai bil Julai ini - PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: Lanjutan pemberian satu gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Dis 2021 dengan anggaran nilai RM500 juta, manfaatkan 44 juta pelanggan - PM Muhyiddin 

kredit : BERNAMA


1 ulasan

Sha Mohamed berkata...

Alhamdulillah.. semoga bantuan ini semua akan membantu rakyat..

Dikuasakan oleh Blogger.