Apa Perlu Buat Sekiranya Positif Covid19 Atau Kontak Rapat





Apa Perlu Buat Sekiranya Positif Covid19 Atau Kontak Rapat. Ramai pasti tertanya-tanya dan keliru mahupun tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan sekiranya keputusan swab mereka positif ataupun mereka kontak rapat kepada mereka yang positif covid19. Disini saya kongsikan sedikit sebanyak yang boleh anda lakukan.

Apa Perlu Buat Sekiranya Positif Covid19 Atau Kontak Rapat



Sekiranya anda mendapat keputusan swab anda positif sila kuarantin diri anda didalam rumah sekiranya bersendirian sekiranya duduk ramai sila kuarantin diri dalam bilik dan tidak kontak berhadapan dengan ahli keluarga lain. Segala aktiviti anda hendaklah didalam bilik sahaja.

Anda hendaklah memaklumkan keputusan positif anda ke pejabat kesihatan daerah (PKD) berhampiran rumah anda dan mereka akan menerangkan proses kemudian samada perlu kuarantin dirumah ataupun ditempat kuarantin mahupun dihospital. *(sila search pejabat kesihatan daerah .... bagi mendapatkan no telefon)

Bagi mereka yang ada kontak rapat dengan pesakit covid19 anda perlu hubungi pejabat kesihatan daerah untuk temujanji swab kontak rapat dan kuarantin diri sementara menanti swab bagi mengelakkan jangkitan pada ahli keluarga lain dan tempat kerja,




KECEMASAN SHJ : Sekiranya anda sesak nafas, sakit dada atau keadaan semakin teruk boleh call 999 utk ambulans tapi inform kontak rapat atau positif.

Waktu ini kes semakin banyak dan mungkin akan mengambil masa yg lama sedikit.

2 ulasan

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Jika ada MySejahtera kita boleh update balik . Semoga Allah memelihara kita semua daripada wabak ini

Tiara Sapphire berkata...

thanks for sharing :)

Dikuasakan oleh Blogger.