i-Citra KWSP Permohonan dan Semakan Pengeluaran RM5000





i-Citra KWSP Permohonan dan Semakan Pengeluaran RM5000. Baru-baru ini Perdana menteri Malaysia mengumumkan Bantuan PENGASIH dan Pengeluaran i-Citra KWSP untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

i-Citra KWSP Permohonan dan Semakan Pengeluaran RM5000


Pengeluaran i-Citra dibenarkan Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50. Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Siapakah yang layak memohon?
1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
4. Bayaran minimum adalah RM50
5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?
Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?
Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)

Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?
Boleh, tertakluk kepada kelayakan.

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021 dan Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra.

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

3 ulasan

Cik kaella berkata...

harap lepasni dapat bantu mereka yang betul2 memelukan pengunaan i-citra ni.

fairus berkata...

Semoga bermanfaat kepada mereka yang layak memohon.

Suria Amanda berkata...

Jom sama-sama apply, sekurang- kurangnya membantu kewangan yang sedikit terjejas

Dikuasakan oleh Blogger.