Kemaskini MySejahtera Untuk Fungsi Baru MySJ Trace





Kemaskini MySejahtera Untuk Fungsi Baru MySJ Trace. MYSEJAHTERA telah memperkenalkan Ciri Baharu 'MYSJ Trace' Kesan Kontak Rapat dengan lebih baik dan tepat berbanding sebelum ini. MySejahtera kini dilengkapi dengan ciri baharu iaitu ‘MYSJ Trace’ untuk membolehkan pengesanan kontak rapat.

Kemaskini MySejahtera Untuk Fungsi Baru MySJ Trace


Menteri Kesihatan,  Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di twitternya berkata, ‘MYSJ Trace’ yang menggunakan sistem bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada @KKMPutrajaya untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah anonymised. 

Ciri baharu ini sangat digalakkan apabila ke tempat awam setting indoor. Ciri checkout tidak lagi di pakai.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.