Episod Akhir Drama Kisah Cinta Kita TV3





Episod Akhir Drama Kisah Cinta Kita TV3. Drama Kisah Cinta Kita telah sampai ke penghujungnya. Jom saksikan kesudahan episod akhir Kisah Cinta Kita pada 4 Januari ini pukul 7:00 malam dalam slot #Akasia di TV3!. Sama-sama kita nantikan kesudahannya bagaimana.

Episod Akhir Drama Kisah Cinta Kita TV3


Sinopsis Drama Kisah Cinta Kita. Mengisahkan tentang Aleesa (Amelia Henderson) didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Amer (Aedy Ashraf). Aleesa diminta menyamar sebagai Natasha yang telah menghilangkan diri kerana mereka berdua mempunyai wajah yang sama. Amer berjanji akan menanggung kos pembedahan ibunya, Hanisah (Maria Farida) sekiranya Aleesa bersetuju menjadi Natasha demi kesihatan Datuk Ramzi (Dato’ Jalaludin Hassan) yang masih berada di hospital. Memandangkan dia hanya perlu menyamar sekejap sahaja, Aleesa bersetuju. Aleesa hanya perlu ke hospital dan bercakap-cakap dengan Datuk Ramzi yang masih belum sedarkan diri.

Natasha telah membuat keputusan untuk kahwin lari dengan Zuhairi (Ikmal Amry) di sempadan apabila datuknya, Datuk Ramzi mahu memisahkannya dengan Zuhairi. Malahan, Datuk Ramzi ingin mengahwinkan cucu tunggalnya dengan Amer. Selepas kehilangan Natasha, Datuk Ramzi diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital.

Natasha ditemui dalam keadaan wajahnya terbakar dek kemalangan jalan raya yang tragis. Amer telah mengarahkan Aleesa untuk meneruskan lakonannya sebagai Natasha. Aleesa tidak bersetuju kerana Datuk Ramzi telah sedarkan diri. Tambahan lagi, ini bukan perjanjian awal mereka. Apabila Amer mengugut untuk menghentikan pembiayaan kos perubatan Hanisah, Aleesa terpaksa bersetuju.

Demi ibunya, Aleesa meneruskan penyamaran sebagai Natasha dengan perasaan marah dan benci kepada Amer. Aleesa mengesyaki Amer merancang untuk membolot harta Datuk Ramzi selepas nampak Datin Laila (Khaty Azian) dan Amer dalam keadaan yang mencurigakan


Lakonan Hebat:

@aedyxashraf

@ameliath

@ikmalamry

@daniellasya

@khatyazian

@jalaludinhassan

Dan ramai lagi!

Arahan Riza Baharudin

Terbitan @a_aidaproduction

Apa salah Aleesa ni Amer! Sanggup awak hukum Aleesa sampai macam tu sekali! Huhuhu... Nantikan.

Tonton di Xtra Live



1 ulasan

N.K Ashadi berkata...

Best sangat drama ni. ^^

Dikuasakan oleh Blogger.