Senarai Jenis Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia Kerajaan





Senarai Jenis Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia Kerajaan. Tahun 2021 merupakan tahun yang mencabar bagi Keluarga Malaysia. Dengan pandemik COVID-19 masih mengganas, kita terus diuji dengan musibah banjir. Salam takziah buat saudara-saudari yang telah kehilangan orang yang tersayang, didoakan semoga diberi kesabaran dan kekuatan. 

Senarai Jenis Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia Kerajaan


Selaras dengan pengumuman YAB PM semalam, berikut adalah inisiatif-inisiatif Kerajaan khusus untuk meringankan beban mangsa banjir:⠀

📌 Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa⠀

📌 Sumbangan Pembelian Barang Keperluan sejumlah RM2,500 bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan/peralatan rumah akibat kediaman ditenggelami air. 

📌 Bantuan Baik Pulih Rumah sehingga RM5,000 bagi membaik pulih rumah yang terjejas. Bagi kerosakan serius, Kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM15,000 dan RM56,000 untuk pembinaan semula rumah yang musnah⠀

📌 Rebat Pembelian Barangan Elektrik RM500 bagi menggantikan barangan-barangan elektrik yang rosak akibat banjir⠀

📌 Rebat Bil Elektrik 100% bagi bulan Disember

📌 Diskaun Baik Pulih Kenderaan merangkumi servis tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta oleh Proton. Manakala Perodua pula menawarkan servis tunda dan upah baik pulih percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta. Syarikat-syarikat kenderaan berdaftar dengan MAA juga menawarkan servis tunda percuma serta diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan⠀

📌 Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih / penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir⠀

Secara keseluruhan, mangsa banjir boleh menerima bantuan sehingga RM61,000. 

Saya berharap bantuan Kerajaan ini akan dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan dengan musibah banjir yang melanda negara.



Dikuasakan oleh Blogger.