Panduan Lengkap Niat dan Cara Solat Tahajud Beserta Doa





Panduan Lengkap Niat dan Cara Solat Tahajud Beserta Doa. Hukum solat sunat tahajud adalah sunat muakkad, iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan. Boleh dikerjakan sebanyak 2/4/6/8 dan 12 rakaat atau sebanyak yang mungkin mengikut kemampuan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Panduan Lengkap Niat dan Cara Solat Tahajud Beserta Doa


Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian.

Semoga kita dapat mengerjakan secara istiqamah pada setiap malam walaupun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja.

Niat Solat Tahajjud

“Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”.


Doa Selepas Solat Tahajud



Fadilat Sembahyang Tahajjud

i. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.

ii.Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang-orang mukmin.

iii.Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.

iv.Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.

v.Dimudahkan hisab ke atasnya.

vi.Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.

vii.Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.

viii.Jauh daripada kebinasaan.

kredit : JAKIM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.