Syarat Dan Informasi Pengeluaran Khas KWSP RM10k





Syarat Dan Informasi Pengeluaran Khas KWSP RM10k. Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.

Syarat Dan Informasi Pengeluaran Khas KWSP RM10k



Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Berikut adalah informasi ringkas berkenaan Pengeluaran Khas. Nantikan informasi terkini yang akan dikongsikan dari semasa ke semasa!

- Terbuka kepada ahli KWSP berumur dibawah 55 tahun.

- Permohonan bermula 1 april sehingga 30 april 2022 secara online.

- Pembayaran akan dibuat bermula 20 april 2022.

- Amaun pengeluaran minimum sebanyak RM50 sehingga RM10,000.

- Tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan akaun 1 akan diakses.





Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.