Tarif Air Naik Sehingga 22 sen Mulai 1 Februari





Tarif Air Naik Sehingga 22 sen Mulai 1 Februari. Tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu akan berkuat kuasa bermula 1 Februari ini.

Tarif Air Naik Sehingga 22 sen Mulai 1 Februari

Pelarasan ini dijangka membabitkan kira-kira 6.9 juta pengguna kategori domestik atau mewakili 86.6 peratus daripada 7.9 juta pemegang akaun.

Kenaikan 22 sen itu adalah purata jumlah kenaikan bagi setiap 1,000 liter air yang digunakan.

Tarif baharu air itu dijangka membabitkan caj bil naik dalam julat antara RM1.60 hingga RM8 bagi setiap kediaman atau lima hingga 27 sen sehari bagi penggunaan isi rumah sebanyak 20 meter padu sebulan.

Penggunaan air domestik adalah dikesan sebanyak 237 liter per kapita setiap hari.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui kenyataannya berkata pelarasan tarif air ini akan dilaksanakan mengikut Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik.

kredit : BHarian

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.