62 Sembuh Covid19 Di Malaysia Tinggal 85 Kes Aktif SAHAJA

0
406
views

62 Sembuh Covid19 Di Malaysia Tinggal 85 Kes Aktif SAHAJA. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 62 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8437 kes iaitu 97.6%.

62 Sembuh Covid19 Di Malaysia Tinggal 85 Kes Aktif SAHAJA

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Tiada kematian baharu dilaporkan hari ini. Jumlah kekal 121 kematian (1.4%). Terdapat 3 kes baharu yang melibatkan 1 kes import dan 2 kes penularan tempatan dan buat pertama kali, kes masih dirawat adalah dibawah 100, iaitu 85.

PERINCIAN KES (3 KES)

KL (1KES)
1 kes BWN saringan kontak rapat kes positif (Kes No. 8498). Sampel kedua RT-PCR di dapati positif. Kes tidak bergejala. Kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh

SABAH (1 KES)
1 kes BWN saringan tahanan lokap. Kes tidak bergejala dan positif RTK-Ag. Kes dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu

JOHOR (1 KES)
1 kes import WN balik dari Singapura. Kes tidak bergejala, positif RTK-Ag dan dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here