Ebit Lew Bakal Buka 10 Cawangan ElewsMart

0
315
views

Ebit Lew Bakal Buka 10 Cawangan ElewsMart. Melalui media sosial @ebitlew hari ini beliau berkongsikan antara lokasi cawangan ElewsMart yang bakal dibuka di 10 kawasan termasuklah Bandar Baru Bangi, Kajang,Cyberjaya, Sg Buloh,Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak,Gombak Traders dan Subang Perdana.

Ebit Lew Bakal Buka 10 Cawangan ElewsMart

ElewsMart by EbitLew

Katanya lagi kesemua 10 cawangan ElewsMart ini dalam proses renovate dan dikatakan bakal beroperasi tengah bulan julai setelah siap sedia untuk beroperasi.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank. Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan.

Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3hari jer dah habis. Disitu saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.

Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak Redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.

Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan yer semua – Ustaz Ebit Lew

Note : Sama-sama kita doakan agar ElewsMart yang dibuka oleh Ustaz Ebit Lew berjaya dan berkembang diseluruh Malaysia seterusnya membantu menurunkan harga barang di Malaysia dan membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan. Insyallah.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here