Forest Skywalk FRIM Kepong Kini Dibuka

0
461
views

Forest Skywalk FRIM Kepong Kini Dibuka. Minggu lepas berkesempatan bersama abang dan adik untuk singgah melihat sendiri tempat viral yang dikatakan cantik dan menarik untuk dicuba lagi-lagi bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur terutamanya mereka yang berada di Kepong untuk mencuba sendiri Forest Skywalk FRIM.

Forest Skywalk FRIM Kepong Kini Dibuka

Khas untuk mereka yang sukakan ketinggian, Forest Skywalk (atau Jejantas Rimba) FRIM di Taman Botani Kepong (KBG) akan dibuka kepada orang ramai bermula 31 Ogos!Jejantas yang berketinggian 18 – 50 meter ini pastinya akan memukau anda dengan panorama kawasan sekitar, termasuk Hutan FRIM serta kawasan Kepong dan Kuala Lumpur.

Malah dari menara peninjauan, anda boleh melihat pemandangan sejauh 30km termasuk bangunan-bangunan pencakar langit terkenal seperti KLCC, Menara KL, The Exchange 106 dan Menara TM.

forest skywalk FRIM

📍Lokasi: Forest Skywalk – FRIM [Waze/ Google Maps]
Untuk pertanyaan, sila hubungi Pusat Informasi Pelawat (VIC): 📧[email protected]/ ☎️03-6279 7592/7596/7649].
Selain bayaran tiket ‘Forest Skywalk’, terdapat juga caj parkir (RM5), kemasukan KBG (RM 1) dan kamera DSLR (RM5). [👉www.frim.gov.my/ms/tarikan/pas-tiket-kemasukan/] juga dikenakan. Harga tiket seperti berikut:
🎫Pelajar (umur 7-17 tahun): RM 8 | *RM25 caj bagi bukan pemegang MyKad
🎫Kakitangan FRIM: RM 8
🎫Warga emas: RM 10 | *RM40
🎫Dewasa: RM 15 | *RM 40
🎫Caj tambahan untuk menara 50 meter🗼(terhad kepada mereka yang berusia 13 tahun ke atas): RM 5 | *RM10
⛔🚷Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai aktiviti ini..

✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



taman skywalk forest FRIM

Bagi mereka yang ingin pergi pada hujung minggu pastikan anda datang seawal jam 8 sekiranya anda lewat anda perlu beratur panjang. Sekiranya anda datang pada jam 10 pagi anda mungkin akan kepanasan diatas Forest Skywalk. JANGAN komplain eeiii muka hitam kebakaran.

Selepas turun dari skywalk anda juga boleh menikmati permandangan di sekeliling taman FRIM samada berjalan mahupun berjoging. Anda juga boleh santai-santai tepi kolam atau taman bersama keluarga anda mahupun bergambar di sekeliling taman.

taman FRIM Kepong
harga dan waktu operasi forest skywalk FRIM
tangga forest skywalk FRIM
FRIM Kepong

Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here