Kerajaan Putuskan Untuk Mengetatkan Semula SOP Berikutan Peningkatan Kes

0
237
views

Kerajaan Putuskan Untuk Mengetatkan Semula SOP Berikutan Peningkatan Kes Covid-19. YB Ismail Sabri Yaakob Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) dalam ucapannya berkata Kerajaan memutuskan untuk mengetatkan semula SOP yang dilonggarkan sebelum ini susulan peningkatan kes COVID-19.

Kerajaan Putuskan Untuk Mengetatkan Semula SOP Berikutan Peningkatan Kes

jalan raya sesak
gambar hiasan
✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Turut sama akan dibincangkan, SOP mengenai sambutan Aidiladha dan kru kapal diputuskan dalam mesyuarat khas menteri-menteri Isnin ini.

Kerajaan beri tempoh dua hari bermula hari ini kepada 2,897 individu untuk jalani saringan COVID-19 kedua, jika gagal terus ditahan dan dihadap ke mahkamah.

PDRM akan pantau pematuhan SOP ketika Aidiladha

Situasi terkini 25 Julai 2020 COVID19 di Malaysia : Sebanyak 23 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 8,884 kes.

Daripada 23 kes baru, 10 kes penularan tempatan bagi warganegara dan 7 kes bagi bukan warganegara, manakala 6 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak 17 kes telah pulih menjadikan 8,594 pesakit telah pulih dan discaj. Tiada pertambahan kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 123 kes.

Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ditetapkan Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKPP boleh hubungi hotline 03-88882010.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here