Kes Covid-19 di Malaysia Melebihi 10,000 Kes

0
134
views

Kes Covid-19 di Malaysia Melebihi 10,000 Kes. Adalah dimaklumkan bahawa jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga 16 September 2020 telah mencatat lima angka iaitu, 10,031 kes. Kes aktif pula, iaitu kes dengan kebolehjangkitan COVID-19 juga meningkat kian hari; manakala kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga didapati semakin meningkat.

Kes Covid-19 di Malaysia Melebihi 10,000 Kes

kes covid19

Berdasarkan data terkini bagi 15 orang pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), didapati:
• Tiga (3) pesakit memerlukan bantuan pernafasan;
• Enam (6) pesakit merupakan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas;
• Sembilan (9) pesakit adalah dalam lingkungan umur 21 sehingga 56 tahun;
• Sembilan (9) pesakit adalah daripada Kluster Sungai;
• 10 pesakit didapati mempunyai latar belakang penyakit kronik; dan
• 14 pesakit mendapat jangkitan dari dalam negara manakala satu (1) pesakit mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua pesakit adalah warganegara Malaysia.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Warga emas merupakan antara golongan yang terkesan akibat jangkitan COVID-19, namun golongan yang lebih muda dan mempunyai penyakit kronik juga dikesan mempunyai gelaja, penyakit dan komplikasi yang lebih serius sehingga perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan lebih rapi. Sekiranya situasi ini berlanjutan, fasiliti kesihatan Negara perlu menampung beban yang tinggi semula.

Justeru, bagi mengelakkan daripada berlakunya situasi demikian, setiap individu daripada semua peringkat dan lapisan masyarakat perlulah memainkan peranan masing-masing dan patuh kepada SOP serta nasihat-nasihat yang dikeluarkan Kerajaan.

Orang ramai digesa agar terus patuh kepada Prosedur Standard Operasi (SOP) dan amalkan kelaziman baharu dalam usaha mencegah penularan COVID-19. Amalan penjarakan fizikal yang selamat (physical distancing), kerap menjaga kebersihan tangan dengan mencuci tangan dengan air dan sabun serta pemakaian alat pelitup muka (facemask) di tempat awam dan tempat yang sesak perlu diamalkan setiap masa.

Hanya dengan kerjasama semua lapisan dan peringkat masyarakat kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Terdapat 62 kes baharu yang telah dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia menjangkau 5 angka iaitu sebanyak 10,031 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 668 kes.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here