Kes Covid19 Tertinggi Dicatatkan Di Malaysia 1884 Kes

0
848
views

Kes Covid19 Tertinggi Dicatatkan Di Malaysia 1884 Kes. Pada hari ini, 23 November 2020, negara telah merekodkan kes tertinggi harian sepanjang pandemik ini iaitu sebanyak 1,884 kes baharu.Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 56,659 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,842 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,882 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Kes Covid19 Tertinggi Dicatatkan Di Malaysia 1884 Kes

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 883 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah  42,480 kes (75.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). 

Tiga (3) negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Selangor iaitu sebanyak 1,203 kes (63.9 peratus), diikuti oleh Sabah yang melaporkan sebanyak 289 kes (15.3 peratus) dan seterusnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 196 kes (10.4 peratus).

Pelaporan kes positif COVID-19 yang tinggi di Lembah Klang berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya kluster berkaitan tempat kerja iaitu Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 1,067 kes (76.2 peratus) dan Kluster Damanlela sebanyak 101 kes (7.2 peratus). Negeri Sabah pula masih melaporkan jumlah kes yang agak tinggi walaupun telah berkurang berbanding kebelakangan ini iaitu sebanyak 289 kes. Dari jumlah tersebut, 164 kes (56.7 peratus) adalah hasil saringan kontak rapat. 

Sebanyak 33 kes (1.8 peratus) yang dilaporkan pada hari ini pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (12 kes), Kluster GK Tawau (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (7 kes), Kluster Penjara Sandakan (3 kes), Kluster PTS Tawau (1 kes) dan Kluster Tembok (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.

Sehingga kini, terdapat 115 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 48 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 337 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 23 November 2020, terdapat sebanyak 334 kluster telah dilaporkan termasuk empat (4) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster tamat pula adalah sebanyak 166 kluster dengan tiga (3) kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Jambul, Kluster Surat, dan Kluster Hampar. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 168 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 46 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini terdiri daripada kluster-kluster yang berkaitan dengan tempat kerja iaitu Kluster Teratai (1,067 kes), Kluster Damanlela (105 kes), dan Kluster Bintang (75 kes).


✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER BINTANG
Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di sebuah tapak pembinaan dalam daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif di antara 17 hingga 23 November 2020 melalui saringan bersasar yang dijalankan di kawasan tersebut. Sehingga 23 November 2020, sejumlah 608 individu telah disaring, di mana 95 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Daripada jumlah ini, 94 kes merupakan bukan warganegara dan satu (1) warganegara.

KLUSTER INDAH MAS
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling di Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-53452) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 November 2020. Sehingga 23 November 2020, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TEJA KASIH
Kluster ini melibatkan daerah Kampar dan Kinta di negeri Perak. Kes indeks (iaitu kes ke-48506) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 16 November 2020. Sehingga 23 November 2020, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KOBENA
Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-52599) yang merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 November 2020. Sehingga 23 November 2020, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Perincian 1,884 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 23 November 2020 adalah seperti berikut:

Selangor: 1,203 kes
1,099 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
77 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 289 kes
52 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
164 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 196 kes
187 kes daripada kluster-kluster, termasuk 80 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bintang dan Kluster Indah Mas;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 81 kes
76 kes daripada kluster-kluster, termasuk 38 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teja Kasih;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 41 kes
39 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Kedah: 36 kes
33 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 12 kes
Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 15 kes
Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kobena;
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes import dari luar negara.

Kelantan: Sembilan (9) kes
Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here