Mempertontonkan Sedekah Ikhlas atau Riyak ? Mufti Perlis Dr Maza

0
467
views

Mempertontonkan Sedekah Ikhlas atau Riyak ? Mufti Perlis Dr Maza. Baru-baru hebat diperceritakan tentang beberapa orang yang bersedekah sambil mempertontonkan sedekahnya kepada umum. Ramai yang bersetuju tapi ramai juga yang mempersoalkan perbuatan itu. Dr Maza Mufti Perlis kongsikan pendapat beliau.

Mempertontonkan Sedekah Ikhlas atau Riyak ? Mufti Perlis Dr Maza

dr maza mufti perlis
✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui mengapa seseorang mempertontonkan sedekahnya. Jika dia ikhlas, dia mendapat pahala. Jika dia riyak, dia mendapat dosa dan tiada pahala. Namun, sama ada dia ikhlas atau dia riyak, orang yang memerlukan akan mendapat sesuatu pemberian daripadanya.

Apabila yang kesusahan mendapat keperluan, bebanan fardhu kifayah kita menjadi kurang. Maka, bukan masalah kita jika seseorang itu ikhlas atau riyak dalam pemberian peribadinya. Serahkan urusan itu kepada ALLAH. Ia bukan urusan kita. Ia urusan seseorang dengan tuhannya.

Jika kita ingin memberikan peringatan, berilah peringatan umum tentang bab ikhlas dalam amalan. Itu untuk ingatan semua tanpa perlu menilai manakah individu yang ikhlas atau yang riyak. Hal sanubari insan penuh keajaiban. Ia rahsia insan dengan Tuhan.

kredit : DrMaza.com

Terima kasih diatas perkongsian dr Maza diharap dengan penjelasan terbuka ini membuatkan kita lebih berfikiran positif serta tidak memburuk sangka terhadap orang lain.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here