Peningkatan Kes Covid-19 Sebanyak 317 Kes Dan 3 Kluster Baru

0
694
views

Peningkatan Kes Covid-19 Sebanyak 317 Kes Dan 3 Kluster Baru. Sehingga 3 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 317 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,088 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,735 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Peningkatan Kes Covid-19 Sebanyak 317 Kes Dan 3 Kluster Baru

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 121 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,216 kes (84.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kesemua 317 kes adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan 303 kes di kalangan warganegara dan 14 kes bukan warganegara. Daripada 317 kes tersebut, sebanyak 37 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 176 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

• Sabah: 155 kes

  • 100 kes saringan bergejala yang melibatkan 96 warganegara dan empat (4) bukan warganegara;
  • 35 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 33 warganegara dan dua (2) bukan warganegara;
  • 10 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara;
  • Empat (4) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara;
  • Tiga (3) kes daripada Kluster Laut yang melibatkan bukan warganegara;
  • Dua (2) kes daripada Kluster Joo Hwa yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes daripada Kluster Buang Sayang yang melibatkan warganegara.

• Kedah: 102 kes

✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



  • 97 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan 93 kes warganegara dan empat (4) kes bukan warganegara;
  • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
  • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Lunas yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Ketil yang melibatkan warganegara.

Selangor: 32 kes

  • 15 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan 14 kes warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
  • 12 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara;
  • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelok yang melibatkan warganegara; dan
  • Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11047 dan kes ke-11147 yang melibatkan warganegara.

• Terengganu: Sembilan (9) kes

  • Tujuh (7) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11477 yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes saringan di Pintu Masuk Domestik yang melibatkan warganegara.

• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Empat (4) kes

  • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
  • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelok yang melibatkan warganegara.

• Johor: Empat (4) kes

  • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.

• Sarawak: Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

• Pulau Pinang: Tiga (3) kes

  • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
  • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Rose yang melibatkan warganegara.

• Kelantan: Dua (2) kes

  • Dua (2) saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11132 yang melibatkan warganegara.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

• Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Berikut adalah kluster yang melaporkan kes baharu hari ini.3 kluster baharu dikesan di Selangor; Kluster Jelok, Kedah; Kluster Bah Lunas dan Kluster Bah Rose.Kluster Tembok rekod kes tertinggi hari ini iaitu 97 kes.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here