PKPB Di Seluruh Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

0
260
views

PKPB Di Seluruh Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam. Manakala di Sabah pula, PKPB akan dilaksana di seluruh negeri tersebut berkuatkuasa 12.01 tengah malam 13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2020 – Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri B Yaakob.

PKPB Di Seluruh Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

PKPB Selangor Kl Putrajaya

109 kes sembuh dan discaj dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 11,022. Dukacita dimaklumkan terdapat 2 kes kematian dilaporkan hari ini. Kes ke 158 adalah warganegara dan berusia 85 tahun manakala kes ke 159 pula adalah bukan warganegara berusia 48 tahun.

Sebanyak 98 kes sedang dirawat di ICU dan 29 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. Hari ini mencatatkan 563 kes baru dengan Sabah antara yang tertinggi seterusnya Pulau Pinang dan Selangor.

PECAHAN KES BAHARU (563)

SABAH-291
-28 kes kluster sedia ada
-4 kluster Kolong (baharu)
-259 kes dari lain-lain saringan COVID-19

PENANG-141

SELANGOR-69
-57 kluster sedia ada
-6 saringan kontak rapat
-1 kluster Bah Tropicana (baharu)
-1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
-4 dari lain-lain saringan

KL-28
-10 kluster Baiduri
-8 kluseter Bah Perdana (baharu)
-4 kluster Bah Kasturi (baharu)
-2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
-2 saringan kontak rapat
-1 kluster Sungei Way
-1 import WN pulang dari Indonesia

N.SEMBILAN-12
4 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
3 saringan kontak rapat
2 kluster Buang Sayang
1 kluster Selasih
2 kes dari lain-lain saringan COVID-19

✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



KEDAH-10
5 kluster Tembok
3 kluster Bah Ketil
2 Kluster Bah Sintok

PERAK-4
2 kluster Tembok
2 saringan kontak rapat

JOHOR-2
2 kluster Rinting (baharu)

PUTRAJAYA-2
1 kluster Bah Kasturi (baharu)
1 kluster Selasih

LABUAN-2
1 kluster Bah Bundle
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

SARAWAK-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

MELAKA-1
1 saringan kontak rapat

Selepas mendapat nasihat KKM dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di seluruh negeri Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 26 Oktober 2020.

Antara SOP adalah seperti berikut:

• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah DITUTUP.
• Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam lain adalah DITUTUP.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah TIDAK DIBENARKAN.
• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.
• Kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhui SOP ketat yang telah dan akan dikeluarkan oleh MKN.
• Pasar Borang, Pasar harian (6.00 pagi – 2.00 petang).
• Kedai barang keperluan dan kedai runcit (6.00 pagi – 6.00 petang) • Restoran, kedai-kedai makan, warung-warung, kedai runcit dan serbaneka dibenarkan (6.00 pagi – 6.00 petang). Bagaimanapun terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away.
• Operasi stesen minyak dibenarkan beroperasi (6.00 pagi – 6.00 petang)
• Perkhidmatan teksi/ e-hailing dan penghantaran makanan juga dibenarkan (6.00 pagi – 8.00 malam).
• Bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.
• Farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa (6.00 pagi hingga 6.00 petang).
• Operasi klinik dan hospital kerajaan dibenarkan beroperasi 24 jam.
• Sektor perikanan, perladangan, pertanian adalah dibenarkan.
• Bagi sektor perniagaan dan perkilangan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang ingin beroperasi boleh memohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.
Perincian lanjut SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here