Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2

0
168
views

Full Episod Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2. Drama pilihan ramai 7 hari mencintaiku 2 merupakan drama 33 episod adaptasi dari novel tulisan Siti Rosmizah yang dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Jaja Iliyes dan ramai lagi dalam drama slot akasia TV3 jam 7 malam di TV3.

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2

7 Hari Mencintaiku 2
7 Hari Mencintaiku 2

Full Episod Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2. Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.

“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.

“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



shukri yahaya

“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.” Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.

“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.

“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

Pelakon utama
Siti Saleha[1] sebagai Mia Adriana [4]
Shukri Yahaya[1] sebagai Khuzairi
Wan Sharmila[1] sebagai Sofi Amylia
Syazwan Zulkifly[1] sebagai Helmi
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Bil Azali sebagai Zaidi
Liza Abdullah sebagai Mak Leha
Kazar Saisi sebagai Pak Samad

Pelakon pembantu
Jasmin Hamid sebagai Puan Hayati
Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
Faye Kusairi sebagai Syakila
Shaharuddin Thamby[1] sebagai Dato’ Johari
Idris Md Diah[1] sebagai Pak Andak
Anne Abdullah[1] sebagai Mak Andak
Dhia Irdina[1] sebagai Alisa Ariana
Puteri Rafasya[1] sebagai Harlina (Kenit)[5]
Sean Lee[1] sebagai Adam
Syaffiq Sahli[1] sebagai Jali
Razzuan Rosli[1] sebagai Fariz
Shamielya[1] sebagai Azura
Shahidan Izwan[1] sebagai Sharif
Amelia Christie Lim[1] sebagai Rafidah
Fadilah Mansor[1] sebagai Emak Nurul Ain

Tonton Full Episod 7 Hari Mencintaiku 2


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here