Tertinggi 287 Kes Baru Adalah Kes Tempatan Warganegara

0
157
views

Tertinggi 287 Kes Baru Adalah Kes Tempatan Warganegara. Situasi terkini 2 Oktober 2020 COVID-19 di Malaysia : Sebanyak 287 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 11,771 kes. Daripada 287 kes baru, kesemua kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, tiada kes bagi bukan warganegara dan tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Tertinggi 287 Kes Baru Adalah Kes Tempatan Warganegara

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Sebanyak 81 kes telah pulih menjadikan 10,095 pesakit telah pulih dan discaj.Tiada kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 136 kes.

Sebanyak 22 Kes yang sedang dirawat di ICU dan 4 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Berikut adalah kluster yang melaporkan kes baharu hari ini.2 kluster baharu dikesan di Selangor; Kluster Seri Anggerik dan Kluster Seri Setia.Kluster Tembok rekod kes tertinggi hari ini; 129 kes termasuk satu kes yang dilaporkan di Perak.

Kesemua 287 kes adalah kes penularan di dalam negara. Tiada kes import dilaporkan hari ini. Daripada 287 kes hari ini, sebanyak 20 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 139 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



Sabah: 113 kes
52 kes saringan bergejala;
35 kes daripada Kluster Benteng LD;
15 kes daripada Kluster Bangau-Bangau;
Dua (2) kes saringan rujukan ke hospital;
Dua (2) kes saringan kemasukan ke hospital;
Satu (1) kes daripada Kluster Laut;
Satu (1) kes daripada Kluster Pulau;
Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI);
Satu (1) kes saringan petugas kesihatan;
Satu (1) kes saringan warga emas di Klinik Kesihatan Tuaran;
Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke Semenanjung; dan
Satu (1) kes saringan komuniti di Lahad Datu.

Kedah: 129 kes
128 kes daripada Kluster Tembok; dan
Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11471.

Selangor: 31 kes
13 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Anggerik;
Tiga (3) kes daripada Kluster Jalan Meru;
Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11143 dan kes ke-10695;
Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Setia;
Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI);
Satu (1) kes saringan tahanan;
Satu (1) kes saringan sebelum ke luar negara; dan
Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke negara asal.

Perak: Tiga (3) kes
Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
Satu (1) kes daripada Kluster Tembok.

Terengganu: Tiga (3) kes
Dua (2) saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11477; dan
Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

Negeri Sembilan: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

Kelantan: Dua (2) kes
Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke negara asal.

Johor: Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru.

Pahang: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11200.

Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ditetapkan.Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKPP boleh hubungi hotline 03-88882010.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here