TERTINGGI Kes Covid19 Cecah 4 Angka 1,228 Kes Baru

0
131
views

TERTINGGI Kes Covid19 Cecah 4 Angka 1228 Kes Baru. Pada hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 889 kes (72.4 peratus) di mana 434 kes adalah daripada Penjara Kepayan. Ini adalah jumlah tertinggi dicatat oleh negeri Sabah setakat ini. Meskipun jumlah ini tinggi, buat masa ini masih terdapat kapasiti katil di hospital (pengisian keseluruhan 70%) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah – PKRC (pengisian 30%) untuk menampung jumlah kes positif. Ini juga adalah hasil usaha gigih dalam menjalankan pengesanan kes secara aktif di negeri Sabah.

TERTINGGI Kes Covid19 Cecah 4 Angka 1228 Kes Baru

Manakala negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 95 kes (7.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 95 kes baharu, 29 kes (30.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman, sejumlah 502 kes (41 peratus dari jumlah keseluruhan) pada hari ini adalah tahanan daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Penjara Reman dan Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam kawasan PKPD.

Secara keseluruhannya, sehingga 24 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,228 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 25,742 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 8,966 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 1,228 kes baharu pada hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes-kes tersebut melibatkan tiga (3) warganegara dan lapan (8) bukan warganegara yang telah tiba dari negara:

• Singapura (3 kes);• Indonesia (3 kes);• China (2 kes); • Korea Selatan (2 kes) dan• Tunisia (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



• Sabah: 889 kes
o 500 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mesra dan Kluster Megah;
o 253 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o 136 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

• Negeri Sembilan: 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk 54 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kaya.

• Selangor: 76 kes
o 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kayu;
o 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

• Kedah: 76 kes
o 74 kes daripada kluster sedia ada; dan
o Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

• Pulau Pinang: 23 kes
o 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

• Wilayah Persekutuan Labuan: 21 kes
o 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
o Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

• Perak: 10 kes
o Lima (5) kes daripada kluster sedia ada; dan
o Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

• Sarawak: Lapan (8) kes
o Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Baki;
o Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Lapan (8) kes
o Empat (4) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
o Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
o Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

• Johor: Tujuh (7) kes
o Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kempas;
o Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.

• Melaka : Tiga (3)
o Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
o Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terdapat 92 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di ICU, di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan. Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 221 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here