KfC Malaysia Buat Maklum Balas Kes Video Tersebar





Pengumuman
Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh
seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang
menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan
makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu
sebagai berniat jahat dan merupakan seranga terang-terangan terhadap
organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian
 tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah

dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa

kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu
untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan
memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi

dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia,
anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan
perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius
di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini
semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian
perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri
daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia
akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang
telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih

dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd

SUMBER : KFC MALAYSIA

p/s… tak baek woOoo dengki dengan orang
bile kfc dah ambil tindakan trase mcam nak pi kfC la plak :)
heeee.. lapar lapar ….

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.