Jering Mampu Merosakkan Buah Pinggang Jika diambil Secara Berlebihan





Jering
KOTA BAHARU, 15 Julai (Bernama) –
 Kandungan ‘djengkolic acid’ dalam jering, sejenis buah yang dijadikan ulam,
boleh merosakkan buah pinggang jika dimakan secara berlebihan,
kata Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia
Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher.
Beliau berkata ramai di kalangan masyarakat di negara ini gemarkan jering
yang dianggap pembuka selera ketika menikmati juadah nasi
tanpa menyedari bahaya buah berkenaan.
“Jering sebenarnya berbahaya jika diambil secara berlebihan,
 sejenis asid yang dipanggil ‘djengkolic acid’ dalam jering boleh
menyebabkan kerosakan buah pinggang.
“Antara risiko yang biasa dialami penggemar jering ini ialah penyakit ‘kapit jering’
yang merupakan istilah tempatan, iaitu buah pinggang individu yang terkena ‘kapit jering’
akan berhenti berfungsi sehingga seminggu,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata penyakit itu biasanya menyerang individu yang gemar
memakan jering mentah atau separa masak.
Dr Zaki berkata sehubungan itu, penggemar jering dinasihat
tidak memakannya secara mentah, sebaliknya merebus buah tersebut
 sehingga masak bagi mengurangkan kandungan asid berkenaan. Katanya,
walaupun asid dalam jering boleh menyebabkan buah pinggang rosak sementara,
namun ada juga kes yang menyaksikan buah pinggang gagal berfungsi
sehingga terpaksa menerima rawatan dialisis.
Sementara itu, Ketua Unit Nefrologi Jabatan Perubatan,
Hospital Raja Perempuan Zainab II Dr Sukeri Muhamad berkata
 individu yang menghidap penyakit buah pinggang kronik,
 tidak digalakkan memakan jering bagi mengelak mengalami risiko lebih teruk.
Selain itu, beliau mengingatkan individu pemakan jering yang mendapati
air kencingnya berdarah secara tiba-tiba, atau tidak kencing langsung
dan sakit perut berpanjangan, agar segera memaklumkan perkara itu
kepada hospital bagi mendapat rawatan segera.
BERNAMA
p/s… untuk di kongsi kepada mereka2 yang terlepas baca artikel ini..
almaklum la ramai diantara kita yang mempunyai ibu bapa
yang gemar makan jering..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.