Apa Itu Mulut Kering (Xerostomia) ?





Apa Itu Mulut Kering (Xerostomia) ?

Mulut Kering (Xerostomia)
Mulut kering (xerostomia) adalah satu keadaan di mana penghasilan air liur berkurangan. Ia sering berlaku apabila umur meningkat. Wanita lebih kerap mengalami masalah ini berbanding lelaki.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan mulut kering?
Mulut kering boleh disebabkan oleh:
– Masalah kesihatan seperti diabetes
– pengambilan ubat-ubatan tertentu contohnya ubat-ubatan untuk darah tinggi dan stres atau rawatan perubatan seperti radioterapi.
– tabiat bernafas melalui mulut.
  – kurang minum air. 


Apakah tanda-tanda yang berkaitan dengan mulut kering?
Anda mungkin mengalami:
– rasa membakar dalam mulut.
– kesukaran untuk mengunyah, menelan, atau bercakap.
– bibir kering dan merekah.
– lidah kering.
– sakit dalam mulut.
– gangguan deria rasa. 


Apakah komplikasi mulut kering?
Mulut kering meningkatkan risiko kerosakan gigi dan lain-lain penyakit dalam mulut.

Apa yang boleh anda lakukan?
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian. Walau bagaimanapun, 
anda boleh mencuba petua di bawah untuk mengurangkan 
rasa tidak selesa dalam mulut :
– Kerap minum air sepanjang hari.
– Makan sambil minum sedikit-sedikit bagi setiap suapan.
– Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein 

contohnya kopi dan teh.
– Kunyah gula-gula getah tanpa kandungan gula untuk 

meransang pengeluaran air liur.
– Elakkan merokok.
– Jangan minum alkohol.
– Lembapkan bibir dengan vaseline.
– Gunakan air liur gantian yang boleh diperolehi di farmasi.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.