Apa Itu Tibi ?





Tibi
Apa Itu Tibi ?
Batuk kering merupakan sejenis penyakit yang dibawa oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai ‘Mycrobacterium Tuberculosis’ atau kuman Tibi. Bakteria berbahaya ini,  bertindak dengan menyerang paru-paru dan juga mana-mana bahagian lain dalam tubuh badan seseorang seperti tulang, sendi tulang serta buah pinggang.
Simptom-Simptom Batuk Kering
  • Batuk selama dua minggu atau lebih dan kadang kala berdarah
  • Batuk berkahak yang berwarna kekuningan/kehijauan
  • Lemah dan keletihan
  • Susut berat badan
  • Kehilangan selera
  • Menggigil
  • Demam
  • Berpeluh waktu petang dan malam
Mereka Yang Berisiko Diserang Batuk Kering
  • Mereka yang telah dijangkiti HIV (virus AIDS)
  • Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering
  • Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
  • Sesetengah bangsa dan etnik minoriti
  • Mereka yang kekurangan zat dan vitamin
  • Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV
Bagaimana Penyakit Ini Boleh Merebak
Batuk kering merebak melalui udara. Apabila penghidap batuk atau bersin, mereka akan mengeluarkan bakteria dalam udara dan kemudiannya, mereka yang berada di sekeliling akan menghidu titisan-titisan halus atau bakteria tersebut.
Rawatan Penyakit.
Apabila seseorang mengalami simptom penyakit tibi, seperti batuk selama dua minggu atau lebih, segeralah berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan kahak bagi mengenal pasti kuman tibi. Selain itu, pemeriksaan x-ray dada juga dapat membantu mengesan kuman tibi
Akibat Rawatan Tibi Yang Tidak Sempurna
Kegagalan mengikuti rawatan yang sempurna akan hanya memburukkan lagi keadaan pesakit.
  • Ia akan menjadikan penyakit tibi menjadi teruk
  • Batuk berdarah akan terjadi
  • Kuman tibi akan menjadi kebal
Pencegahan Penyakit Tibi
Bagi tujuan pencegahan :
  • Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan dos ke-2, sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun.
  • Biarkanlah rumah dimasuki cahaya matahari sebanyak mungkin. Cahaya matahari dapat membantu membunuh kuman tibi yang terapung diudara.
  • Bukalah tingkap pada waktu siang, bagi peredaran udara yang sempurna membantu mencegah tibi daripada merebak.
Sumber maklumat: Kementerian Kesihatan Malaysia dan Harian Metro

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.