Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri





Zakat Fitrah

setiap tahun kadar zakat fitrah untuk setiap negeri berubah bergantung kepada
kadar bayarannya bersamaan dengan tiga cupak sukatan beras atau 
tiga kati dua belas tahil (dua Kilo 250 gram) (oktober 2007)

Waktu Membayar Zakat Fitrah
Dari Ibnu Umar r.a katanya:Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya membayar zakat fitrah sebelum orang ramai pergi solat..

Kewajipan Membayar Zakat 
Dari Ibnu Umar r.a katanya:Rasulullah s.a.w mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan atas setiap orang Muslim, biarpun dia merdeka tau hamba, lelaki atau perempuan iaitu segantang kurma atau gandum.

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri
Negeri Kelantan : RM7
Negeri Terengganu : RM4.5/RM7/RM7.6
Negeri Pahang : RM7
Negeri Johor : RM5/RM8
Negeri Melaka : RM6.50
Negeri Sembilan : RM6.50
Negeri Selangor : RM7
Negeri Perak : RM7
Negeri Kedah : RM7
Negeri Pulau Pinang : RM7
Negeri Perlis : RM6
Negeri Sabah : RM7
Negeri Sarawak : RM6.50
Kuala Lumpur : RM7
Putrajaya : RM7


Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri

Apa Itu Zakat Fitrah dan Syarat 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.