Bau Badan





Bau Badan
Apakah yang dimaksudkan dengan bau badan ?
* Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau.
* Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari.
Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan ?
* Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan.
* Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan.
Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan ?
* Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
* Bau badan hilang selepas mandi
Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah bau badan ?
* Gunakan sabun anti bakteria
* Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)
Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah bau badan ?
Di antara petua untuk mengurangkan bau badan:
* Kerapkan mandi
* Selalu menukar pakaian
* Memakai pakaian yang bersih
* Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
* Mencukur bulu ketiak
* Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari
Bau Badan
Semakan Akhir:27 April 2012
Penulis:Dr. Salmiah Md. Sharif
Penyemak:Dr. Norharlina bt. Bahar

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.