Tregedi di bulan Puasa





Terjun

Tregedi di bulan Puasa
Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah
bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki A berjaya
menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…
Lelaki A : Sama2, tapi anda harus membalas budi…
Wanita : Bagaimana?
Lelaki A : Tidur dengan aku….
Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki A : Baiklah kalau begitu…

Lelaki A itu melepaskan semula wanita itu.
Di tingkat 50, seorg lelaki B berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…
Lelaki B : Sama2, tapi anda harus membalas budi…
Wanita : Bagaimana?
Lelaki B : Tidur dengan aku…
Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki B : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…

Lelaki B itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang
dapat menangkap wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap,
jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa
tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki C berjaya
menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki C itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu
berkata-kata…

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas
jasa, saya akan tidur dengan anda.
Lelaki C : Astaghfirullah..
(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

p/s…. seee.. tak semua orang berfikiran sama.. kekalkan niat yang baik
nescaya anda akan selamat dunia dan akhirat..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.