Syarat dan Borang Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)





Borang Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

wooahhhh.. diskaun diskaun..
kepada belia² yang berminat dan belum mendapatkan lesen B2 anda
boleh mencuba program BL1M ini..

Program BL1M ini adalah secara menyeluruh yang mana bermula daripada pringkat proses ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya lagi. Pada masa ini kos purata untuk mohon lesen B2 ini adalah sebanyak RM380.

Menerusi program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M), mereka yang ingin mendapatkan lesen tersebut hanya perlu membayar RM199

Kajian SHEB mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang telah didapati bersalah memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran bahaya menunggang tanpa lesen.
OBJEKTIF
•Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
•Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
•Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
•Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
•Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.
SYARAT BL1M
1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun
pada atau selepas 01 Januari 2013
2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
4. Sihat tubuh badan
5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00
(dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
9. Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada bl1m@myeg.com.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888
10. Tiada cara pintas
 
program demi program bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan terutama kepada golongan belia²
di Malaysia.. weeee… masa inilah yang patut digunakan oleh
mereka² yang belum mendapatkan lesen untuk mendaftar..
Borang permohonan dan Cara Mendaftar Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) boleh didapati menerusi www.bl1m 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.