Tiket Penerbangan Percuma AirAsia - Program Integrasi 1Malaysia





Tiket Penerbangan Percuma AirAsia
Program Integrasi 1Malaysia

Perdana Menteri turut mengumumkan 'Program Integrasi 1Malaysia' bersama AirAsia yang menawarkan penerbangan percuma bagi laluan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, untuk satu tempoh tertentu.

Dekatkan masyarakat 
Katanya, inisiatif AirAsia yang berpaksikan gagasan 1Malaysia diilhamkan beliau itu pasti ‘mendekatkan’ lagi masyarakat Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.

“Saya lihat 1Malaysia sebagai konsep cukup bermakna dan boleh membawa negara ke tahap mercu kejayaan yang kita impikan,” katanya.

Beliau berkata, konsep itu menekankan soal 'inklusif' dalam setiap usaha yang digerakkan kerajaan, kerana kerajaan sedar potensi negara boleh direalisasi jika semua pihak dapat bergerak dan bertindak sebagai satu komuniti, iaitu warga Malaysia.

Butiran lanjut ‘Program Integrasi 1Malaysia’ termasuk syarat dan kelayakan akan
diumumkan AirAsia, esok.
sumber : BeritaHarian


so.. kepada sesiapa yang nak tiket penerbangan free under Program Integrasi 1Malaysia
sila layari website AirAsia pada hari Isnin..
siapa cepat dia dapat :)~

6 ulasan

Cik Fie berkata...

nak !!! :P

Unknown berkata...

cik fie : tgu turn.. hehehe smua org nak hahaha

sHaRiNa eLyaNa berkata...

bestnya,,rugi beli awal2 huhu..

Unknown berkata...

sharina : hee blum tentu dpat agi.. mesti rmai yg beratur :P

Yanty Lee berkata...

Jom kita pi bercuti ramai2

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum. sheila pun nak! hehehe

Dikuasakan oleh Blogger.