10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan





10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan

10 sebab doa manusia tidak dimakbulkan

Ibrahim bin Adham pernah ditanya penduduk Basrah: " Mengapa keadaan kami
tidak berubah ? Bukankah Allah berjanji akan mengabulkan doa orang
yang berdoa kepadanya ?"

Beliau menjawab : ada 10 perkara yang menyebabkan doa tidak diterima, iaitu :

1. Kamu mengenal Tuhan, tetapi kamu tidak memenuhi hak-Nya.
- Hak Tuhan ialah kewajipan untuk beribadat dan menunaikan perintah-Nya. Jesteru,
janganlah berharap orang yang tidak menunaikan perintah Tuhan doanya akan diterima.

2. Kamu banyak membaca al-Quran, tetapi tidak mahu mengamalkannya.
- Maksud daripada perkataan ini ialah orang terbabit mempunyai pengetahuan
mengenai al-Quran, tetapi tidak mengamalkan kandungan di dalamnya atau
sekiranya mempunyai pengetahuan mengenai al-Quran, dia tidak
berusaha memahaminya.

3. Kamu mengaku mencintai Nabi, tetapi meninggalkan sunahnya.
- Orang terbabit mengaku mencintai Nabi dan menjadikannya sebagai ikutan, namun
realitinya selalu meninggalkan sunahnya, bahkan melanggarnya.

4. Kamu mengaku menjadi musuh syaitan, tetapi kamu mengikutinya.
- Walaupun mengetahui syaitan itu sentiasa memujuk ke jalan kesesatan, orang terbabit
gemar pula dengan jalan berkenaan. Dia mengakui dan menjadikan syaitan sebagai musuh besarnya, tetapi dia belum mampu mengawal hawa nafsunya, malah cenderung mengikutinya.

5. Kamu memohon keselamatan daripada seksa api neraka, 
tetapi kamu memasukkan diri kamu sendiri ke dalamnya.
- Sewaktu berdoa dirinya belum disucikan daripada kekotoran batin. Sewaktu berdoa dia membacanya dengan tekun dan khusyuk memohon keselamatan daripada pedihnya azab neraka.
Bagaimanapun, dalam kehidupan sehariannya dia tidak meninggalkan perangai buruk.

6. Kamu Berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga, tetapi
kamu enggan berusaha memasukinya.
- Keengganan ini dalam bentuk tidak mahu menempuh jalan yang mampu 
menghantar mereka ke syurga iaitu melalui jalan kebaikan. Dia tidak mahu menggantikan
sikap buruknya dengan menjadi kebiasaan dengan sikap baik.

7. Kamu tahu kematian itu benar, tetapi kamu tidak mempersiapkan diri.
- Kematian jalan untuk bertemu Tuhan, tetapi mereka tidak mempersiapkan
diri untuk tujuan itu.

8. Kamu sibuk dengan aib orang lain, tetapi terhadap aib sendiri
kamu tidak mahu tahu.
- Kegemaran mendedahkan aib orang lain menjadikannya lupa kekurangan
diri sendiri. Hal ini mengakibatkan sifat sombong menjadi-jadi.
- Selama di dalam hati seseorang itu masih ada sifat sombong, meskipun sebesar zarah
tidak akan masuk syurga. Begitulah kata-kata Nabi : 
"Nilai sombong sebesar zarah mampu menggagalkan seseorang untuk masuk syurga.
Apa lagi satu doa, sudah tentu ditolak."

9. Kamu Sudah banyak menikmati nikmat Tuhanmu, tetapi kamu
tidak mensyukurinya.
- Orang terbabit lupa nikmat diberikan Tuhan kepadanya, padahal sudah sekian banyak
dikurniakan kepadanya. Tuhan benci orang tidak tahu berterima kasih.
Jesteru, mana mungkin Tuhan akan melihat orang terbabit sewaktu berdoa kepadanya.

10. Kamu sering mengebumikan mayat, tetapi tidak pernah mengambil
iktibar daripadanya.
- Orang terbabit tidak banyak mengambil pengajaran daripada kematian,
sehingga kesedarannya terhadap kebaikan tidak muncul. Dia
tidak mengubah sikap buruknya.


10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan


sumber : Harian Metro - 8 feb 13

9 ulasan

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum.. terima kasih abg feroz berkongsi ilmu dengan kami. semoga mengambil ikhtibar daripadanya :)

Unknown berkata...

w'salam.. a'ah.. sesame.. :)

fyna berkata...

info yang sangat berguna kan.

Solehah Shamsuddin berkata...

semoga selepas kita tau mengenai ni, kita dapat topup apa yang berkurang dalam diri sendiri :)

lynmunir berkata...

Perkongsian dan peringatan yang sangat bagus.

Hidayatul afzam berkata...

nice entry :)

Dayang Deno berkata...

infi yg baik utk kita semua..:)

C.T.K berkata...

in shaa allah akn sentiasa mempperbaiki diri..

Cik Fie berkata...

info yang sangat bermanfaat :')

Dikuasakan oleh Blogger.