Anak Dibayar Rm600 Untuk Berhenti Guna Facebook





Anak Dibayar Rm600 Untuk Berhenti Guna Facebook

Boston : Seorang bapa dari Wellesley, **** membayar anak perempuannya
berusia 14 tahun sebanyak AS$200 (Rm600) agar berhenti menggunakan facebook selama
lima bulan.
****** dilaporkan memutuskan untuk membayar anak perempuannya, **** agar berhenti
menggunakan facebook dan remaja terbabit diminta menandatangani kontrak itu.
***** menutup akaun facebook dan memberitahu kata laluan miliknya kepada bapanya
selepas menerima wang itu.
Ini bukan kali pertama seorang pengguna facebook memutuskan untuk
berehat panjang daripada menggunakan perkhidmatan itu.
Akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua pertiga pengguna facebook secara sukarela
berehat kerana khabar angin keterlaluan daripada kawan mereka dan bimbang mengenai
privasi masing-masing.
“Menurut kaji selidik terbari diterbitkan Pusat Penyelidikan Pew AS, hanya empat peratus pengguna
facebook memilih hak privasi, dengan satu peratus mengatakan mereka tidak suka berkongsi kehidupan
mereka di facebook. hanya dua peratus berkata, mereka memilih untuk berkomunikasi secara bersemuka,”
lapor The Guardian..
Sumber : Harian Metro : 8 feb

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.