Rahsia Warna Lipstik





 Rahsia Warna Lipstick. Lipstick merupakan salah satu daripada barang yang wajib ada dalam handbag perempuan dan merupakan alat solek paling penting bagi sesetengah wanita bagi menonjolkan diri mereka.

Rahsia Warna Lipstik

Lipstik Warna Merah
– merah menjadi pilihan mereka yang suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main-main dengan mereka. Buruk akibatnya nanti. Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.
Lipstik Warna Coklat
– Warna ini menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej, Bagi mereka bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. Mereka juga simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.
Lipstik Warna Ungu
– Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang sofistikated dan punya pertahanan diri yang jitu. Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini.
Lipstik Lip Gloss Tanpa Warna
– Ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan natural kerana ia tanpa warna. Malah paling tidakpun, mereka hanya memilih pengilat bibir mengikut warna bibir. Walaupun tanpa warna, ia tetap memberikan kesan tersendiri. Personaliti si pemakainya juga cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang aman dan damai. Jadi sebab itu mereka lebih gemar melepak di tempat yang mendamaikan diri.
Rahsia Warna Lipstick
sumber : surat khabar harian metro 22 jan 13

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.