Bola Sepak Malaysia vs Palestine





malaysia vs palestine
malaysia vs palestine

semalam lepas balik kerja lepak makan sat kat sup meletup salak selatan sementara nak tunggu game Malaysia vs Palestine mula sepak pada pukul 9pm. sedap gak nasi ayam sup meletup.. dengan kuahnya dan sambal nya.. memang terbaekk.. ayamnya pula direbus.. nyum nyum nyum.. menaip pun da meleleh air liur.. hahaha.. tapi part makan ni nanti la admin buat entry laen utk ceritakan..

kali ni admin nak cerita pasal game bola sepak Malaysia vs Palestine malam tadi.. mula perlawanan tuh nampak menarik dari segi serangan dan pertahanan Malaysia.. sama juga dengan Palestine.. tapi lepas beberapa ketika.. pertahanan dan penyerang dedua sama tumpul.. sebaliknya bagi pasukan Palestine yang menunjukkan belang selepas 20minit game bermula..

separuh masa pertama Malaysia bolos 1 gol kepada Palestine..

separuh masa kedua.. pertukaran demi pertukaran dibuat oleh kedua-dua team utk memantapkan pertahanan dan penyerang tapi percaturan yang dibuat serba tak kena.. benteng Malaysia di uji banyak kali.. owh no… dan sekali lagi gol Malaysia bolos dari sepakan percuma yang diambil.. nasib baik penalti minit2 akhir dapat diselamatkan.. so just miss 2-0 kepada Palestine..

kentang goreng
kentang goreng

mengunyah sambil menonton perlawanan Malaysia vs Palestine

kalu ikut pandangan admin.. game semalam ada banyak lagi perlu dibuat oleh jurulatih bagi memantapkan lagi team Malaysia.. jangan hanya mencuba, menukar, mengubah.. tapi dari segi kekuatan, kelincahan, skill dan teknik juga perlu ditambah..

semoga team Malaysia lebih baik lepas ini…

AummmMmm.. AummMMmmm.. AummmMmmm…

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Palestine 

0 – 2

Bola Sepak Malaysia vs Palestine

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.