Gathering Blogger di KLCC





Geng Blogger Sengal

 

Assalamualaikum… apa macam semua.. ? pernah tak korang berkongsi idea atau berborak dengan blogger dalam chat.. ? mesti pernah kan kan kan.. tapi pernah tak korang ajak blogger² ni lepak dengan korang ? mesti tak ramai yang pernah kan kan kan.. ? haaa… ini berita baik untuk korang.. minggu depan ada gathering blogger yang bakal diadakan di KLCC..

accually tadi ada event gathering blogger gak.. tapi di time square.. adalah dalam 8-12 orang blogger lepak main bowling tadi.. tapi disebabkan admin tak brapa nak kenai dengan group tuh.. so admin sempat sapa 2 orang ja.. then dengan perasaan malu terus blah dari event tuh.. hik hik.. almaklum la admin ni pemalu orangnya… berbalik kepada gathering minggu depan kat sni admin lampirkan details gathering blogger minggu depan..

 

Pada tahun ini genaplah 2 tahun usia kumpulan blogger kita. Justeru itu bagi mengembalikan kenangan kita bersama, kita telah merancang satu lagi pertemuan ahli2 Geng Blogger Sengal buat kali keduanya pada tahun ini.

Keputusan muktamad
Lokasi : KLCC, Kuala Lumpur
Tarikh : 16 Mac 2012
Hari : Sabtu
Masa : 10.30pagi-5petang

Pasal POTLAK kami tengah discuss lagi.. mohon jangan pening2 kepala nanti kami PM setiap dari korang yang konpem nak mai tu :)

Pada ahli2 yang berkelapangan untuk hadir, korang semua dialu alukan untuk membawa potluck yang mana kita akan kongsi sama2 juadah yang dibawa di taman KLCC nanti (TAK PASTI LAGI)

Aktiviti lain akan dimaklumkan kemudian atau ditentukan pada hari berkenaan. Sebarang hebahan mengenai aktiviti, kehadiran dan pertanyaan boleh rujuk kepada ahli2 GBS di sini.

kepada yang nak berkenalan dengan blogger² lain anda boleh visit sini untuk perbincangan gathering blogger : Event Page

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.