Ops Daulat - 6 Suspek Ditahan





POLIS TAHAN ENAM SUSPEK DISYAKI PENGGANAS SULU

SEMPORNA, 12 Mac – Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan dari selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, polis menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi lokasi persembunyian
enam suspek terbabit.

“Kami menjalankan serbuan pukul 6 pagi setelah menerima maklumat awam jadi kami akan menyoal siasat mereka untuk mengetahui sama ada mereka adalah pengganas Sulu atau tidak,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Firdaus berkata polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan itu. Beliau berkata tiada senjata api atau alat telekomunikasi yang ditemui dalam serbuan itu. – BERNAMA

Ops Daulat – 6 Suspek Ditahan

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.