Lawak Adik ku Seekor Monyet





Lawak Adik ku Seekor Monyet

SUATU hari, Ali dan isterinya, Ani tersekat dari kesesakan jalan raya yang luar biasa. Cuaca yang panas buat hati Ali bertambah panas kerana mahu lekas pulang ke rumah.

Ali : Ape hal jalan sesak ini. Dah lama duduk dalam kereta. Tak gerak-gerak.
Ani : Sabarlah. Mungkin ada kemalangan atau kerja-kerjapembaikan jalan.
Ali : Dah dekat sejam. Mana boleh jadi ni. Aku kene buat sesuatu.

Tanpa memperdulikan nasihat Ani, Ali terus keluar dari kereta menuju tempat orang ramai berkumpul. Salah seorang daripada mereka memberitahu Ali tentang berlakunya satu kemalangan yang cukup tragis.

Ali : Tepi, tepi, Aku abang dia. Tepiiiii, aku abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa!

Orang ramai memberi laluan kepada Ali tetapi apabila menghampiri kawasan kemalangan berkenaan, alangkah terkejutnya Ali. Matanya bulat bagai nak terkeluar apabila ia melihat keadaan ‘adiknya’ yang kemalangan itu…
Ali meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya. Dalam hati dia berkata : Oh! malu semalu-malunya aku kerana adik aku seekor monyet!!.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.