Suami Gila Main Game





ps3
ps3

Suami “GILA” Main Game


Soalan
Salam, saya baru 2 bulan berkahwin tinggal bersama ibu mertua, suami anak bongsu dan seorang kaki game PS3 TEGAR. tidak membantu dalam hal menguruskan rumah, Quality time untuk saya dan suami memang sangat limited. Kadangkala suami akan bermain tanpa menghiraukan org di rumah yang sedang tidur dengan menjerit, menghempaskan meja atau mencampakkan barang dengan kuat dan pernah beberapa kali mengamuk bagai org gila kerana barang gamenya diusik anak buah. Saya sangat terasa hati dan tertekan.

Jawapan
Wassalam, dalam isu ini anda dicadangkan supaya merujuknya kepada pegawai kaunselor yang berada di Unit Runding Cara Keluarga yang terdapat di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan rumah ibu mertua anda.
Mintalah nasihat dan cadangan daripada mereka bagaimana hendak hadapi dan atasi masalah ketagihan bermain video game ini.
Dalam pada itu, anda dinasihatkan supaya tingkatkan kesabaran dan perbanyakan berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala supaya dirinya berubah dan sedar yang kini dia adalah seorang suami. Bersabarlah. Wallahu ‘alam.

sumber : biarlahrahsia.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.