Berakhirnya Tugas Sebagai Pemerhati Tempatan PRU13





abgferoz PRU13
abgferoz PRU13

semalam Berakhirnya Tugas Sebagai Pemerhati Tempatan PRU13 setelah sebulan lebih memerhati proses pilihanraya sejak pembubaran parlimen.. macam² yang admin nampak baik yang positif mahupun negatif..

terima kasih kepada mereka yang telah memberi peluang kepada admin untuk menjadi pemerhati tempatan walaupun agak letih dan mencabar tapi keseronokkan itu sentiasa ada sekiranya kita bekerja dengan ikhlas dan hati yang gembira..

menjadi pemerhati agak mencabar bila semua parti suspek kita sebagai pengintip parti lain.. so agak risau disitu.. hihihi.. tapi demi negara admin tetap memerhati kempen dari semua parti yang bertanding <s> poyo sekejab </s> hihihih..

kesimpulan yang admin dapat buat disini.. proses pengundian dan pengiraan termasuklah pembuangan undi di kawasan yang admin bertugas adalah BERSIH kerana terdapat ramai agen parti dari smua parti bertugas memerhati peti undi setiap saat.. haaa.. kalah admin.. hihihih.. dan takda bangla dikesan di kawasan admin.. hihihi

apa² admin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah keluar mengundi semalam walaupun hujan melanda beberapa kawasan.. dan seawal 7:30 pagi dah ada yang beratur untuk menunaikan tanggungjawab sebagai RAKYAT MALAYSIA.

kad pemerhati tempatan
kad pemerhati tempatan

Berakhirnya Tugas Sebagai Pemerhati Tempatan PRU13

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.