Hukum Berselawat





berselawat
berselawat

Hukum Berselawat

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis, ulama sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sependapat mengenai waktu wajib berselawat dan bilangannya, bahkan mereka berselisih kepada beberapa pendapat iaitu :

* Waktu berselawat ketika melakukan ibadat solat.
* Wajib berselawat sewaktu membaca tasyahud (tahiyat).
* Wajib berselawat sewaktu membaca tasyahud selepas membaca dua kalimah syahadah (tahiyat) akhir.
* Dalam seumur hidup cukuplah sekali berselawat untuk menunaikan hukum wajibnya dan lebih daripada itu suatu amalan sunat digalakkan Islam dan menjadi syiar kaum muslimin.

Wajib berselawat setiap kali menyebut, menulis atau mendengar nama Nabi Muhammad SAW atau ganti namanya ataupun pangkat kenabian dan kerasulan baginda SAW. Ini pendapat sebahagian besar golongan mazhab Imam Maliki, Hanafi, Syafie, dan Hanbali.

Mereka berpendapat, siapa tidak berselawat pada waktu itu, dia dikira melakukan dosa besar kerana banyak hadis menjelaskan Rasulullah SAW memberi amaran mengenainya.

Sumber : Hmetro 29 Mei 13

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.